20 Dis 2015

Pesanan dalam bersahabat


 ; Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "...sebelum datang hari (Kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan.." (Surah Ibrahim, ayat 31)
Qatadah berkata ketika menafsirkan ayat tersebut:
"...maka seseorang perlu melihat siapakah temannya? Dan untuk apa dia bersahabat? Sekiranya tujuannya kerana Allah, maka teruskanlah. Namun, jika kerana selain Allah, maka ketahuilah bahawa setiap hubungan persahabatan (di dunia) akan bertukar menjadi permusuhan di Hari Kiamat, melainkan persahabatan orang-orang yang bertaqwa. (Kerana firman Allah yang bermaksud):
 "...teman-teman rapat (di dunia) pada hari (Kiamat) itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.." (Surah al-Zukhruf, ayat 67)

Al-Dur al-Mantsur, jld 5 m/s 43

7 Dis 2015

Sahabat

Allah aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati..
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa..
Iaitu.. Sayang.. Kasih.. Kasihan..
Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan..
Iaitu... Berkenalan.. Berteman.. Berkawan.. Bersama..
Dalam 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan..
Iaitu.. Teman Baik Selalu Ada di Sisi...
Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 Impian..
Iaitu.. Sayang.. Kekal.. Setia.. Mengerti.. Menghargai.. Mengingati..
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat..
Iaitu.. ” S. A. H. A. B. A. T. ”
Sahabat perlu di kasihi... Bukan untuk di sakiti..
Perlu disayang... Bukan dibenci..
Perlu dihormati... Bukan dikasari..
Perlu dipegang.. Jangan dibuang..
Perlu dihargai.. Jangan dimusuhi...
Tempatnya dihati.. Bukan dikaki...
Selemah lemahnya manusia ialah orang yang tak mau mencari sahabat ...
Dan orang yang lebih lemah dari itu...
Ialah orang yang mensia2kan sahabat yang telah dicari...
PERSAHABATAN BAGAIKAN SEKOTAK CRAYON.. BERBEZA PENUH WARNA..
T E T A P I... JIKA MEREKA BERSAMA...
MEREKA DAPAT MEMBUAT PELANGI YANG INDAH.......

itulah

 S A H A B A T TERISTIMEWA...

29 Nov 2015

Rahsia Mood


SIAPAKAH KITA DI PAGI HARI?
Diam sejenak dan renungi diri.


Ulama berkata :

"Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (suka) marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah swt"

Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah, untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita...(sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa)

Contohnya:

Marah-marah anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil,

Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah.

Marah-marah (atas perkara yang kecil) sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan.

Pagi-pagi lagi dah 'bad mood' dan suka marah-marah pekerja bawahan. Walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.

Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.

Bahaya ni...
Kita tidak sedar kesan marah-marah kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai kita tunjuk yang sebaliknya. Sebab apa? Sebab apa yang kita cakap itu hanya pembohongan diri dan hakikatnya hati kita tidak berpuas hati dengan Allah swt.... Tahukah kita? Sebagai hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah swt kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan terbaik dari Allah swt. Allah Maha Mengetahui.

Renungi diri....
Kita akan tahu siapa kita bila selalu cermin-cermin diri kita pada setiap pagi.
Cermin diri anda, perbaikilah hubungan anda dengan Allah swt dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur...
Redha dan terima apa saja ketetapan Allah swt kepada kita dengan hati terbuka. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya.

Selalu ucapkan dan zikirkan 'Astaghfirullah hal azim' dan 'La hawlawala Quwwata illa billaah' selalu bagi mengubati, merawat dan mendidik hati kita untuk sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah swt.

JANGAN 'BAD MOOD'.....
JANGAN SUKA MARAH-MARAH DI PAGI HARI.... TENANGKAN JIWA ANDA
DAN SENTIASALAH SENYUM.

22 Nov 2015

KISAH SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI

Semasa saya singgah di satu masjid untuk bersolat zohor, sebuah kereta Proton Saga tua juga masuk ke kawasan masjid, saya agak mungkin juga singgah nak bersolat zohor.Jam sudah menunjukkan pukul dua lebih.Pemandunya seorang tua berserban turun dan ditangannya saya lihat memegang sebuah pencebok air atau gayung.Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid,tekaan hati saya. Ketika saya berwuduk di kolah masjid,dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan cobok air yg dibawanya untuk menbasuh kaki. Saya menggunakan cebok yang telah tersedia.Cebok yg dibawanya diletak ditebing kolah dan dia naik ke masjid,lalu kami solat bersama.

Ketika menuruni tangga masjid,saya lihat dia terus ke keretanya.Saya segera memperingatnya ceboknya yg tertinggal. Dia beralih senyum kepada saya dan berkata,"Saya sengaja bawa cebok yang baru dibeli dan ditinggalkan di masjid yg ada kolah,sebagai satu wakaf yang kecil yang saya mampu, moga ia memanfaatkan."Subhanallah! Saya pula yang terasa malu,tidak terfikir untuk berbuat baik hingga sedemikian.Dia menyambung,"Dimana masjid saya singgah,yang ada kolah saya tinggalkan sebuah cebok,bekal untuk mati,tak mampu nak sedekah yang lain."

Masjid dan surau memerlukan berbagai peralatan kecil yg diguna selalu dan mudah rosak.Saya nak ajak anda semua, jom kita tiru orang tua ini dengan meninggalkan sebuah cebok air dikolah masjid yg kita singgah sebagai wakaf.Mungkin kita rasa kita mampu beri 10 cebok, jangan cakap saja,tapi tak buat.Maka biarlah bermula dg sebuah cebok,di mana saja masjid yang disinggahi,atau sebiji span yg dipasang dikepala paip untuk mengelak percikan air,atau sepasang selipar untuk ditinggal di tandas masjid,atau se potong getah paip untuk tandas masjid yang tiada getah paip untuk kemudahan bersuci, atau sebatang penyapu,sebuah penyodok sampah,atau sebotol minyak wangi ditinggalkan ditempat minyak wangi,atau...... apa lagi yang boleh difikirkan.Jangan tunggu hingga diminta,dirayu,kerana pemberian ketika itu mungkin berkongsi sebab, bukan semata kerana Allah,mungkin kerana terpaksa.
Nak ajak pembaca semua mengambil iktibar dari apa yang dibuat oleh orang tua ini.Sebuah cebok yang ditinggal di kolah masjid akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang berwuduk,bayangkan ganjarannya.Berapa ringgit sangat sebuah cebok air.Bukan nanti ada duit beribu baru boleh berbuat baik,yang pentingnya ialah keinginan untuk berbuat kebajikan,maka Allah dorongkan.Bagi orang tua ini sebuah cebok air untuk masjid takkan sama dg ribuan ringgit yg disumbang oleh mereka yang berada pada mata manusia,tetapi pada sisi Allah ianya mungkin lebih besar dari itu.Rebutlah kesempatan berbuat kebajikan walau kecil pada mata nanusia.
Orang lain begitu kreatif mencari jalan berbuat kebajikan meski pun hidup dalam serba kurang,membeli saham kesyurga sedikit demi sedikit,apakah kita merasa berpada dengan ibadat kita,atau merasa dah cukup layak ke syurga,atau malas nak fikir.Jom kita mulakan,beberapa alatan kecil dibawa bersama dlm kereta untuk ditinggal sebagai wakaf kpd masjid,surau atau musolla,walapun sepasang selipar.

ANDAI AJAL DALAM TIDUR...

Duhai suami fahamilah isteri,
 Duhai isteri fahamilah suami,

 EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

 Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra. “ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu : 1. Sebelum khatam al-Quran.
 2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
 3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
 4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah : “Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “ Rasulullah tersenyum dan bersabda :

 1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran ” Bismillaahirrahmaa nirrahiim, ‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

 2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

 3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau “ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x ) 4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.