20 Dis 2015

Pesanan dalam bersahabat


 ; Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "...sebelum datang hari (Kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan.." (Surah Ibrahim, ayat 31)
Qatadah berkata ketika menafsirkan ayat tersebut:
"...maka seseorang perlu melihat siapakah temannya? Dan untuk apa dia bersahabat? Sekiranya tujuannya kerana Allah, maka teruskanlah. Namun, jika kerana selain Allah, maka ketahuilah bahawa setiap hubungan persahabatan (di dunia) akan bertukar menjadi permusuhan di Hari Kiamat, melainkan persahabatan orang-orang yang bertaqwa. (Kerana firman Allah yang bermaksud):
 "...teman-teman rapat (di dunia) pada hari (Kiamat) itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.." (Surah al-Zukhruf, ayat 67)

Al-Dur al-Mantsur, jld 5 m/s 43

7 Dis 2015

Sahabat

Allah aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati..
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa..
Iaitu.. Sayang.. Kasih.. Kasihan..
Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan..
Iaitu... Berkenalan.. Berteman.. Berkawan.. Bersama..
Dalam 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan..
Iaitu.. Teman Baik Selalu Ada di Sisi...
Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 Impian..
Iaitu.. Sayang.. Kekal.. Setia.. Mengerti.. Menghargai.. Mengingati..
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat..
Iaitu.. ” S. A. H. A. B. A. T. ”
Sahabat perlu di kasihi... Bukan untuk di sakiti..
Perlu disayang... Bukan dibenci..
Perlu dihormati... Bukan dikasari..
Perlu dipegang.. Jangan dibuang..
Perlu dihargai.. Jangan dimusuhi...
Tempatnya dihati.. Bukan dikaki...
Selemah lemahnya manusia ialah orang yang tak mau mencari sahabat ...
Dan orang yang lebih lemah dari itu...
Ialah orang yang mensia2kan sahabat yang telah dicari...
PERSAHABATAN BAGAIKAN SEKOTAK CRAYON.. BERBEZA PENUH WARNA..
T E T A P I... JIKA MEREKA BERSAMA...
MEREKA DAPAT MEMBUAT PELANGI YANG INDAH.......

itulah

 S A H A B A T TERISTIMEWA...