| 
   
Murid Murid Bermasalah
  Pembelajaran (Sindrom Down) 
Sindrom
  down boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan yang disebabkan ginetik dan
  tidak boleh diubati dengan ubatan tradisional mahupun perubatan moden. Ramai
  pernah mendengar namun ,ramai juga cetek pengetahuan  mengenainya.Ia bukan penyakit moden atau orang
  kaya malah Sindrom Down (SD) tidak tepat di katakan penyakit.Sindrom Down
  tidak boleh di ubati.Ia terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran
  .Perkembangan mantel dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down lambat berbanding
  kanak-kanak biasa.Oleh itu kanak-kanak Sindrom Down perlu pendidikan khas
  seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari.Sindrom Down terbahagi
  kepada 3 iaitu Trisomi,Traslocation dan Mosaic.Tidak kira jenis apa Sindrom
  Down,kanak-kanak Sindrom Down boleh di kenali melalui wajah mereka yang
  hampir sama. Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang di
  lahirkan mempunyai 3 salinan kromosom 21.Bagi seorang yang normal mereka
  sepatutnya hanya mempunyai 2 salinan kromosom ini.Atas sebab itu jugalah
  ,Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21.Dengan erti kata lain ,mereka
  mempunyai satu kromosom terlebih yang menyababkan mereka di kategorikan
  Sindrom Down.Lain-lain kromosom mereka adalah normal. 
 Ciri Ciri Murid
  Perkembangan Sindrom Down 
Perkembangan
  kanak-kanak Sindrom Down dari segi perkembangan kognitif ialah mereka
  mempunyai daya ingatan , perhatian dan kefahaman yang lemah serta tidak dapat
  bertindak dengan cepat. Perkembangan motor kasar dan motor halus mereka
  adalah lambat iaitu dari segi percakapan. Dari segi kognitif juga, mereka
  kurang daya penaakulan dalam pemberian tumpuan. Keupayaan mental mereka
  adalah berselisihan dimana IQ mereka di antara 50-70 tetapi bolah mencapai 90
  sekiranya diberi latihan yang baik. 
Perkembangan
  motor kasar mereka adalah lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi
  akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar. Mereka juga
  mempunyai masalah kurang pendengaran, pertuturan kurang jelas dan lambat
  bertutur atau bermasalah pertuturan serta menghidap penyakit jantung
  berlubang. Mereka juga mudah mendapat radang tenggorok, selsema, radang
  paru-paru dan posisi tubuh di bawah tahap sederhana. Disamping masalah
  kesihatan ini mereka juga lemah dalam koordinasi motor iaitu mata,tangan,
  koordinasi seluruh tubuh tidak memuaskan dimana ianya masih kaku dan perkembangan
  sensori-motor mereka adalah lambat dan tidak normal. 
Dari segi
  perkembangan emosi dan tingkah laku mereka, kebiasaannya mereka berkelakuan
  tidak menentu iaitu agresif ,pasif dan meminta perhatian yang lebih daripada
  keluarga. Tekanan emosi mereka adalah jelas terhadap sesuatu aktiviti
  kompleks dimana perasaan mereka adalah sama dengan orang normal. Mereka mudah
  menjadi tidak sabar kerana tempoh perhatian terhadap diri mereka sangat
  singkat, seterusnya bertindakbalas dengan perasaan takut atau marah. 
Kanak-kanak Sindron Down juga mungkin
  mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid. Masalah ini
  berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down.Kanak-kanak Sindrom Down
  mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher boleh menyebabkan
  berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) di mana ianya berlaku
  di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Sebahagian kecil mereka mempunyai
  risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukemia.Selain itu
  kanak-kanak Sindrom Down mudah mendapat selsema, radang tenggorok dan radang
  paru-paru. Mereka juga menghadapi masalah kurang pendengaran dan penglihatan
  yang kurang jelas. 
Selain itu, Masalah jantung yang
  paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal
  Defect (VSD) iaitu jantung berlubang di antara bilik jantung kiri dan kanan
  atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang di antara atria kiri
  dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan
  (Patent Ductus Ateriosis /PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami
  masalah jantung berlubang jenis kebiruan (Cynotic Spell) dan susah bernafas. 
Masalah Pembelajaran Kerencatan Mental  
Kerencatan mental merupakan
  kecacatan umum yang diknenal pasti berdasarkan ketidakfungsian kognitif
  secara normal, iaitu kefungsian kognitif yang sering terganggu dan
  menunjukkan tingkah laku yang tidak bersesuaian dengan manusia normal di
  bawah umur 18 tahun. Kebiasaannya, murid-murid yang dikategorikan mengalami
  kerencatan mental merupakan murid-murid yang mempunyai tahap IQ yang rendah
  dan perkembangan mereka terbantut daripada aspek kognitif, emosi, psikomotor
  dan juga komunikasi. 
Ciri-Ciri dan Punca Kerencatan Mental 
Terdapat beberapa perkara yang
  perlu diambil perhatian untuk mengenal pasti sama ada murid-murid tersebut
  mengalami masalah kerencatan mental atau tidak. Pertama, kefungsian
  intlektual dan yang kedua ialah tingkah laku adaptif. Murid-murid kerencatan
  mental dikenal pasti sebagai murid yang mempunyai tahap intelektual di bawah
  paras normal. Kecerdasan merujuk kepada kebolehan mental umum yang melibatkan
  kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah, memahami idea yang kompleks,
  berfikir secara abstrak, belajar dengan cepat dan belajar daripada
  pengalaman. 
Selain skor IQ, tingkah laku
  adaptif juga perlu diambil kira. Tingkah laku adaptif ialah kebolehan
  seseorang murid terencat akal yang dikenal pasti melalui maklumat tentang
  tahap kebolehan mereka dalam menyesuaikan diri denagn alam sekeliling seperti
  bergaul dengan orang lain, menjadi diri sendiri, berkomunikasi dan
  sebagainya. Tingkah laku adaptif yang terbatas sudah pasti akan mengurangkan
  keupayaan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya. 
Terdapat juga beberapa punca yang
  menyebabkan seseorang itu mengalami kerencatan mental. Antaranya ialah
  sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan selepas kelahiran. Faktor kemiskinan
  dan turun temurun merupakan antara penyebab sebelum kelahiran yang
  menyebabkan kerencatan mental berlaku. Punca semasa kelahiran pula ialah
  semasa berlakunya proses kelahiran bayi, terjadinya pelbagai maslah seperti
  kelahiran pramatang dan kekurangan oksigen. Manakala punca selepas kelahiran
  pula dikaitkan dengan menghidap pelbagai jenis penyakit, kemalangan mahupun
  keadaan persekitaran. 
 | 
 
Cari Blog Ini
Sindrom Down, Kerencatan Mental
Langgan:
Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan