Cari Blog Ini

1 Nov 2020

Temuduga Guru

Untuk menjadi guru  calon perlu melalui proses tertentu, calon yang terpilih akan dipanggil untuk ditapis dan temuduga. Temuduga mempunyai persamaan dan perbezaan tertentu, temuduga MARA paling banyak peringkat. Panel temuduga biasanya antara 2 hingga 4 orang, tempoh keputusan antara 1-6 bulan daripada tarikh temuduga.

Guru Mara

1. Ujian kelayakan 

2. Ujian psychometric

3. Ujian kecergasan

4. Mock teaching

5. Temuduga


Guru interim.

1. Ujian UKCG/ Ujian kecergasan

2. Temuduga

3. Mock teaching

4. Ujian tambahan (mengikut keperluan panel)


Guru SPP

1. Temuduga



5 Okt 2020

Adab menegur

Menegur seseorang yang melakukan kesalahan itu perkara yang baik namun biarlah dengan cara yang betul, hakikat hari ini ramai yang suka menghentam lebih teruk orang yang tidak tahu apa-apa pula bertindak seperti lebih kuah daripada sudu.

Menegur biar membawa kesan yang positif bukan sebaliknya,jika tidak mampu menegur dengan baik, lebih diamkan diri dan minta pihak lain yang lebih berautoriti dan adil.

Sama-sama muhasabah diri.


5 Jan 2020

Soal Hati Urusan Allah

Jangan sewenang-wenangnya memberi hati dengan alasan untuk mengisi sekian lama kekosongan yang ditinggalkan💌

Keadaan akan menjadi sedikit sukar. Malah, masa demi masa, ia akan menjadi sangat sukar. Hati ini Tuhan jaga ia sejak kecil. Malah, sesakit mana sekalipun ia berkaitan dengan kegagalan dalam kehidupan ini, ia akan cepat sembuh dengan sendiri.  Andai ia diberikan kepada seseorang yang kita percaya, yang kita letak harapan sepenuhnya, tetapi ia dikhianati, ia dihancurkan, sakit, ia akan tetap menghantui kehidupan selama-lamanya.

Carilah orang yang benar-benar menemani, ketika mana semua orang berlalu pergi dari kehidupan..Ketika malam hari, ketika keseorangan, dia akan tetap datang dan setia menemani.  Berikanhati pada orang yang tak akan merendahkan martabat. Yang akan kekal menyokong dalam setiap apa perbuatan yang mahu dilakukan. Berikan hati pada orang yang akan menyoal sekiranya kita melakukan kesalahan berbanding mereka yang hanya diam, dan akhirnya menyalahkan setelah sekian lama memendam rasa dengan kekurangan kita.

Berikan hati pada orang yang sedia meminta maaf dan bertanggungjawab tika mana dia melakukan sekecil-kecil kesalahan bawa ke sebesar-besar sekalipun. Sebab musuh paling utama sesama kita adalah ego. Bila mana kau ada ego, dan dia jua punya sama, sukar pada akhirnya untuk kalian bersemuka dan menemui kata putus. Dan berikan hati kau pada seseorang yang menjadikan kau sebagai keutamaan, bukan sebagai pilihan kedua, tika mana dia bertaruh untuk orang lain, dan menjadikan kau sebagai penyelamat sekiranya dia gagal.

 Dalam dunia ini, ada sesetengah perkara, sekelip mata kita boleh membuat keputusan. Tapi hal berkaitan hati ini, sukar untuk kita terburu-buru. Ia memerlukan masa yang sangat panjang. Percayalah, kalau tidak hari ini, mungkin esok, mungkin bila-bila masa pun, Tuhan akan mengirimkan seseorang yang akan menemani untuk seluruh kehidupan kita.🌷