Cari Blog Ini

Pengurusan murid pelbagai upaya

Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan kahas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
Kajian mengeni pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan  ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Aspek keempat yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif, sindrom down, autisme dan kerencatan mental. Selain itu, aspek murid pintar cerdas juga turut diberi penekanan dalam kajian ini.



 Pengurusan Murid untuk Pemulihan dan Pengayaan

Pemulihan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau kembali dalam keadaan semula. Manakala “pemulihan” pula bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks pelajar pelbagai upaya, pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan kebiasaannya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu. Selain itu, menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan lanngkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalahpembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M. Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan.
Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran atau guru bilik darjah dengan langkah-langkah yang sewajarnya.
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pula, program pemulihan ini dispesifikasikn kepada Program Pemulihan Khas yang dibina untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu untuk membantu mereka meguasai kemahiran asas 3M. Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008 yang diolah oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Pengantar Pendidikan Khas (2011), murid pemulihan khas didefinisikan sebagai murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
Secara kesimpulannya, pemulihan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif yang diguakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.

Pengayaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “gaya” pula membawa maksud sikap dan cara berkelakuan yag menjadi ciri seseorang. Manakala “pengayaan” pula bermaksud perihal (usaha, proses, pencorakan) menggayakan, misalnya menggayakan atau meluaskan kosa kata.. Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pebagai upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka.
Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan aktiviti bercorak belajar sendiri tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Hal ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, malah turut merangsang peemikiran murid.
Pengayaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Manakala pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.

Dalam melaksanakan program pengayaan ini, beberapa prinsip perlu diberi perhatian. Antaranya ialah memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan kerja, menggunakan daya usaha sendiri, memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial, menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah diubah serta melibatkan pembacaan yang luas. Selain itu, bahan bantu belajar yang sering digunakan untuk aktiviti pengayaan ialah kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja, permainan dan rekreasi, dan alat-alat teknologi yang lain. Bahan-bahan ini haruslah mengendungi penerangan dan penjelasan yang jelas supaya mudah difahami oleh murid.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan