Kini semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih mengamalkan cara hidup sihat. Lebih mudah untuk mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya anda tahu mengamalkan cara hidup yang sihat. Anda akan kelihatan hebat, rasa sihat dan lebih bertenaga untuk menikmati kehidupan. Mulakan dengan makan secara sihat. Nikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang terdiri dari empat aras makanan. Aras satu mengandungi pelbagai jenis bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian. Aras dua pula terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Daging dan kekecang berada di aras tiga begitu juga dengan susu, dadih dan keju. Mana kala gula, garam, lemak dan makanan yang tinggi dengan kandungannya berada di aras empat. Lebihkan makan makanan yang berada di aras paling atas. Seimbang dan pelbagaikan pilihan makanan daripada setiap aras dan makan mengikut waktu yang teratur untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pilihlah snek yang berkhasiat, elakkan mengambil snek pada waktu yang hampir dengan waktu makan utama. Makan dengan jumlah yang sedikit, minumlah enam hingga lapan gelas air sehari. Makan secara berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal akan membawa kepada obesity. Gunakan indeks jisim badan atau IJB untuk menentukan sama ada anda mempunyai berat badan yang sihat. Untuk mengira IJB anda, bahagikan berat badan anda dalam kilogram dan ketinggian anda dalam meter persegi. IJB di antara 18.5 dan kurang daripada 25 adalah berat badan yang sihat. Jika IJB anda 25 dan ke atas ini bermakna anda berlebihan berat badan. Lakukan aktiviti fizikal untuk kesihatan anda. Gabungkan aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemop lantai, menaiki tangga dan bermain sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Bersenamlah tiga hingga lima kali seminggu sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit setiap sesi untuk kesihatan jantung. Libatkan diri dalam aktiviti aerobic seperti berjalan pantas, berjoging, menunggang basikal, bermain atau bersukan. Memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkan badan selepas bersenam dapat menghindarkan kecederaan dan meningkatkan prestasi. Pakailah pakaian yang longgar dan ringan serta kasut yang sesuai. Minumlah air yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam. Jangan sesekali bersenam sekiranya anda tidak sihat atau mengalami sakit-sakit badan atau ketidakselesaan. Bersenamlah dengan cara yang betul dan selamat supaya anda lebih bertenaga dan bertambah kuat. Tidak merokok juga adalah amalan cara hidup sihat. Terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok, termasuk karbon monoksida, nikotin dan tar. 63 jenis bahan kimia yang lain pula adalah penyebab kanser. Merokok adalah penyebab kepada lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut seperti serangan jantung, strok, kanser dan chronic bronchitis. Ibu-ibu hamil yang terdedah kepada asap rokok adalah berisiko untuk mendapat bayi pra matang atau kurang berat badan atau pun mati sewaktu dilahirkan. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok pula kerap mengalami batuk, selesema serta jangkitan pernafasan. Perkembangan otak dan paru-paru mereka juga lembab malahan mereka juga akan mengalami komplikasi kesihatan. Jika anda seorang perokok, berhentilah. Dapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan ketagihan. Cuba kaedah 10M berikut. Melengah untuk menyalakan rokok, minum banyak air, menarik nafas panjang, membuat sesuatu, menjauhi orang yang merokok, mengunyah sesuatu, membasuh tangan, mandi dengan kerap, melakukan senaman regangan, memohon doa. Cubalah dan nikmati faedah dan ganjaran untuk tidak merokok. Tangani stress untuk hidup yang sihat. Ada banyak punca yang boleh menyebabkan stress. Matlamat yang tidak realistic, masalah keluarga, kerja rumah, masalah kewangan, kerja pejabat yang perlu disiapkan, hubungan tidak baik dengan rakan sekerja, persekitaran tempat kerja yang tidak sesuai, hilang pekerjaan. Stress apabila berpanjangan, keterlaluan dan anda tidak mampu menanganinya boleh menjurus kepada kemarahan. Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress. Jika anda mula hilang sabar, tinggalkan tempat tersebut dengan segera. Kawal kemarahan dan kurangkan stress. Mengaku yang anda sedang marah, bawa bertenang, tarik nafas panjang panjang dengan menggunakan otot abdomen anda. Tahan, lepaskan. Ulangi sebanyak 10 kali. Cuba cari punca kemarahan anda. Dengar pendapat orang lain. Jangan katakana sesuatu yang mungkin anda sesalkan kelak. Belajar memaafkan orang lain. Ketahui punca kemarahan seseorang dan cuba elakkannya. Lakukan perubahan sekarang. Makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal, jangan merokok, tangani stress.
Sayangi keluarga anda. Jauhi seks luar nikah. Jangan bawa pulang AIDS.
Semoga bermanfat..
BalasPadam