Cari Blog Ini

Murid Murid Bermasalah Pembelajaran (Hiperaktif- Adhd)

Murid Murid Bermasalah Pembelajaran (Hiperaktif- Adhd)

Menurut Seifert (1999), Attention Deficit Disorder (ADD) adalah masalah sukar memberi tumpuan dan mengawal desakan diri. Menurut beliau lagi, Attention Deficit Disorder (ADD) merangkumi hyperactivity iaitu keaktifan melampau. Keaktifan melampau ini dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Menurut Kasmini Kassim (1992), sindrom hiperkinesis iaitu Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) digunakan untuk menerangkan tingkah laku kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, kurang tumpuan perhatian, terlalu lasak, impulsif, resah, suka merosakkan harta benda, dan mudah mengalihkan perhatian terhadap sesuatu perkara.
Berdasarkan definisi yang diberikan, kami dapat merumuskan  Attention Deficit Disorder (ADD) ialah satu tingkah laku kanak-kanak yang menunjukkan kurang daya tumpuan terhadap sesuatu perkara.  Seterusnya, kami dapat merumuskan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) ialah masalah kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatian, terlalu aktif, impulsif ataupun gabungan antara tidak dapat menumpukan perhatian, terlalu aktif dan impulsif.
Menurut Sousa (2001) seperti yang dilaporkan oleh Tileston (2004), terdapat tiga ciri khusus Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) iaitu tidak dapat memberi tumpuan, hiperaktif dan impulsif.  Menurut Bailey (2006), terdapat lapan ciri-ciri kanak-kanak yang tidak dapat memberi tumpuan.  Antara ciri-ciri itu ialah kanak-kanak sering gagal memberi tumpuan yang teliti terhadap sesuatu perkara, tidak mematuhi arahan guru, mempunyai masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti, berasa ingin cepat menyelesaikan sesuatu tugasan, dan tumpuan mudah bertukar.
Menurut American Psychiatric Association (1994), terdapat  enam ciri-ciri bagi kanak-kanak hiperaktif.  Antara ciri-ciri itu ialah kanak-kanak yang selalu gelisah dengan tangan dan kaki atau tidak boleh berada di tempat duduk, selalu meninggalkan tempat duduk dalam kelas atau dalam situasi yang diperlukan dan selalu lari atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai.
           
Selain itu, kanak-kanak juga selalu mempunyai masalah untuk bermain dan terlibat dalam aktiviti masa lapang dengan senyap.  Seterusnya, kanak-kanak selalu sibuk atau aktif bergerak dan selalu bercakap secara melampau atau berlebih-lebihan.  Kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada enam ciri-ciri KetidakupayaanAttention Deficit Disorder (ADD) dan enam ciri-ciri hiperaktif dikesan menghidapi Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Menurut Bailey (2006), terdapat lima ciri-ciri impulsif.  Antaranya ialah selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan, kurang sabar atau menghadapi masalah ketika menunggu giliran dan sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain.  Selain itu, kanak-kanak juga selalu membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan. Berdasarkan ciri-ciri Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) dan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), kami dapat merumuskan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) dengan impulsif merangkumi ciri-ciri tidak dapat memberi tumpuan, hiperaktif dan impulsi




Kategori Dan Ciri Ciri Adhd
Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah, di sekolah dan sebagainya. Antaranya ialah kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk. Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas. Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok. Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap. Selalu banyak bercakap. Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh motor”.
Selain itu, mereka juga sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain. Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas. Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti. Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah). Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya). Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain. Mudah pelupa walaupun tidak sepaatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.


Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan anak anda menghadapi masalh tingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian selanjutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan