Cari Blog Ini

Autisme

Masalah Pembelajaran Autisme
Perkataan autisme mulanya digunakan oleh Eugen Bleuler pada tahun 1919. Ia merujuk kepada kurang atau tidak ada perhubungan dengan individu lain dan dunia luar. Perkataan autistic dan autism ini dirujuk kepada perkataan Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri (Wolfberg, 1999). Walaubagaimanapun, kini istila autism merujuk kepada developmental disorder atau ketidakupayaan dalam dalam perkembangan mental.  Leo Kenner iaitu seorang ahli psikologi pada tahun 1943 telah meghuraikan autisme sebagai satu sindrom kumpulan tingkah laku yang unik. Hallahan dan Kauffman (1977) menyatakan pengasingan diri, tingkah laku  mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan boleh dilihat sebelum umur 30 bulan.
Pada 1997 The Autism Society of America telah mendifinisikan maksud autisme dan menyemaknya semula pada tahun 2000 bahawa autisme merupakan kekurangan keupayaan sepanjang hayat dan dapat dipastikan pada tahap tiga tahun pertama bayi. Autisme boleh berlaku tanpa mengira bangsa, keturunan dan latar belakang sosial keluarga. Zasmani Shafiee (2000) pula menyatakan bahawa autisme adalah gangguan di dalam otak terutama di bahagian-bahagian menguasai kefahaman, emosi dan komunikasi secara langsung dan tidak langsung. Kesimpulannya autism bolehlah didefinisikan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukan akibat masalah perkembangan emosi.
 Ciri-ciri Autisme
Dalam mengenal pasti seseorang itu merupakan penghidap penyakit autisme, terdapat tiga ciri-ciri utama penyakit tersebut. Antaranya ialah perkembangan fizikal dan otak individu autisme, perkembangan sensori dan motor dan juga perkembangan sosial. Perkembangan fizikal dan otak individu autisme seperti yang biasa kita lihat,individu autisme biasanya adalah seperti individu normal dan tiada siapa akan menyangka individu ini mempunyai ketidakupayaan. Namun, individu autisme ini dikatakan sebagai neuro-developmental disorder iaitu kecelaruan dalam pembentukan otak. Ini kerana di dalam otak manusia terdapat beribu-ribu sel saraf yang saling berkait dan tersusun dalam bentuk sistem yang bolehmengawal kesedaran luar tubuh , termasuklah emosi, tingkah laku dan juga hubungan dengan fungsi organ dalaman.
Bauman dan Kemper dalam Edelson (1999) menjalankan pembedahan otak individu autisme dan mendapati bahawa  terdapat dua bahagian dalam system limbik yang kurang berkembang iaitu amyglada ( berbentuk badam) dan hippocampus (berbentuk kuda laut). Dua bahagian ini berperanan sebagai mengawal emosi, tingkah laku yang tidak bersebab, input sensori dan pembelajaran. Mereka juga mendapati di dalam serebelum terdapat kekurangan sel purkinje . Saraf amyglada individu autisme ini adakalanya bersaiz lebih kecil atau lebih besar berbanding dengan saiz normal. Kesannya mungkin akan menyebabkan individu autism menjadi hiperaktif  atau hipoaktif. Ketidaknormalan saiz saraf tersebut  juga memberi kesan kepada deria-deria yang berkaitan dengan system lain di bahagian otak. Sistem saraf amyglada berhubung kait dengan deria kulit dan otot, rasa penglihatan, pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor.    
            Dalam menilai perkembangan sensori dan motor individu autisme kita dapat melihat bahawa hanya sedikit perkembangan yang dapat diperhatikan berbanding aspek-aspek lain. Walaubagaimanapun, penemuan bukti yang memastikan kewujudan kesukaran individu autisme adalah lebih kurang sama dalam semua aspek perkembangan yang lain. Walaupun banyak yang boleh berubah kepada simptom yang lebih spesifik  atau memperlihatkan corak yang lebih nyata. Bahagian ini merupakan kumpulan sensori dan sensory perseptual yang digunakan untuk merujuk tindakbalas  asas yang menimbulkan rekreasi dan tanggapan. Ia termasuklah deria sentuh, rasa, deria penglihatan, deria pendengaran dan deria bau. Ini kerana banyak penyelidikan yang dibuat berasaskan laporan ibu bapa atau pemerhatian semula jadi, mendapati ciri-ciri tingkah laku perceptual ini wujud pada semua individu. Pemerhatian dibuat dalam jangka masa yang panjang sebelum dijadikan asas untuk dirumuskan.
Ramai ahli psikologi yang mengkaji tentang perkembangan sosial individu autism dan bersependapat menyatakan bahawa setiap daripada mereka mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan mereka dikategorikan kepada tiga keadaan mengikut Edelson 1997 iaitu pertama penghindaran bersosial. Kanak-kanak autisme kategori ini akan mengelak daripada sebarabf bentuk sosial. Ianya berkemungkinan punca daripada sentuhan atau bunyi suara, atau bau yang boleh menyebabkan mereka mereka berasa tidak selesa. Selain itu, ketepuan dalam bersosial contohnya kanak-kanak autisme dalam kategori ini tidak menghiraukan sama ada terdapat orang lain disekeliling mereka atau tidak. Seseorang autisme itu tidak berinteraksi dengan persekitarannya kecuali hanya apabila mereka memerlukan sesuatu. Akhir sekali ialah keganjilan dalam bersosial. Kanak-kanak autisme ini sebenarnya cuba untuk bersosial tetapi mereka tidak tahu tatacara berbual seperti penggiliran bercakap atau tidak tahu bertolak ansur.
Manakala menurut Firth (1993) menyatakan bahawa masalah sosial individu autisme ini boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu terasing dan aneh terhadap penerimaan deria,mereka tidak suka berkomunikasi, tidak menggunakan hubunga mata dan tidak mencari tempat mengadu apabila sedih. Namun mereka tidak menolak konteks sosial seperti semasa meminta makanan dan minuman, bermain dan memberi reaksi kepada muzik. Seterusnya ialah pasif. Individu autisme ini sukar menerima arahan yang diberi oleh orang lain dan hanya akan melakukan apabila diminta berkali-kali. Mereka lambat member tindak balas terhadap sesuatu perhubungan, tidak mahu menerima pelajaran dan tidak dapat menerima perubahan dalam hidup. Akhir sekali ialah ganjil, individu autism sering berkelakuan aneh. Mereka akan ketawa, menangis dan marah dengan tiba-tiba tanpa sebab. Mereka tidak suka didakap dan bermesra walaupun dengan ibu bapanya sendiri. Adakalanya mereka akan mencederakan diri sendiri seperti menghantukkan kepala ke dinding ataupun sengaja menjatuhkan diri sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan