Definisi Pelbagai Kecerdasan
Teori
Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan
intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini
kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa
sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk
menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka.
Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai adalah keupayaan untuk menyelesaikan masalah atau menghasil produk yang mempunyai kesan dalam sesuatu budaya atau komuniti (Gardner 1993, 1999).
Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai adalah keupayaan untuk menyelesaikan masalah atau menghasil produk yang mempunyai kesan dalam sesuatu budaya atau komuniti (Gardner 1993, 1999).
“An intelligence is the
ability to solve problems, or to create products that are valued within one or
more cultural setting”.(Gardner
1993).
Kecerdasan
Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan
pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan
kecerdasan spiritual (SQ).Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000)
mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan
semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang
kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap
pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam
kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner,
kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi
oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran
dan lain-lain.
Pendapat
yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat
ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu
mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan
tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian.
Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang
aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan
kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan
oleh Gardner.
SEMBILAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Kecerdasan
ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan
dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan
induktif serta berfikir secara konseptual. Individu yang mempunyai kecerdasan
logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan
yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai
fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut
penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka
mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contohnya, saintis, jurutera,
arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.
Kedua
ialah kecerdasan spatial atau ruang. Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman
ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai
dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek.
Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle.
Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam
model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan dan
menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan
antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu
mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek
imaginatif dan kreatif.
Kecerdasan
ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam
koordinat ruang dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual
rendah akan selalu berasa bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia
tinggal meskipun sudah tinggal di tempat tersebut dalam jangka masa yang agak
lama. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah individu yang mengalami
gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk dalam golongan tidak cerdas
ruang. Manakala individu yang cerdas ruang mampu menggunakan warna secara
sempurna, membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat. Individu
yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan
juga termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor
dan Yuri Gagarin.
Kecerdasan
ketiga iaitu linguistik ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis.
Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan
kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis,
bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Individu ini
sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka
cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota,
mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka
pelajari. Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar
cerita atau membaca. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut
menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya. Individu
yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan,
penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti
Munshi Abdullah, A.Samad Said dan di luar negara seperti William Shakespeare,
dan Enid Blyton.
Manakala kecerdasan keempat ialah kinestetik. Unsur-unsur
utama badan-kinestetik ialah mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti
untuk mengendalikan objek mahir. Secara teori, orang-orang yang mempunyai
kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan
pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman pembelajaran.
Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara
fizikal, dan bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal itu. Mereka
yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan seolah-olah menggunakan apa yang
mungkin diistilahkan sebagai memori otot – mereka ingat perkara melalui badan
mereka seperti memori lisan. Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai
kecerdasan ini termasuk atlit, juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar
bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar. Walaupun kerjaya ini boleh
disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran
sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini. Contohnya, Shalin
Zulkifli, Nicole David, dan Lim Chong Wei.
Kecerdasan
kelima pula ialah kecerdasan muzik yang berkaitan dengan kemampuan untuk
menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini
kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu
membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di
persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada
bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal
daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah
seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu
ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain
alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik.
Individu
ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta
berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada
lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma,
ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang
mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada
berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee dengan
ciptaanya yang evergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan,
Kitaro, dan Kenny G.
Kecerdasan
ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan
kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda
tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan,
motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi
dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk
menghasilkan sesuatu yang berfaedah.
Mereka yang mempunyai kecerdasan
interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang
lain. Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi,
perasaan, fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Murid-murid yang
mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran,
bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan. Individu
yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor, jururunding
dan imam. Contohnya, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
Kecerdasan intrapersonal merupakan
kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk
menilai diri sendriri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang
tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai
tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi
keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam
diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan
serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari.
Secara
keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang
tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang
sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu.
Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di
perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di
persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini
mempunyai peribadi yang tertutup. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta
dan pemikir.
Kecerdasan
naturalis pula mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran
semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi
biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan
mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih
banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang
terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam
sekitar termasuk binatang. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan
lebih berkesan kecerdasanya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli
biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahli geologi,
dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai
kecerdasan naturalistik yang tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan