Cari Blog Ini

Murid Pintar Cerdas

Murid Pintar Cerdas
Individu pintar mempunyai kebolehan, bakat dan personaliti yang berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain. Secara umumnya, pada awal abad ke-20 murid-murid pintar didefinisikan berdasarkan kecerdasan yang diukur menggunakan ujian IQ yang standard. Menurut Webb dan Kleine, 1993 yang diolah oleh Mohd Zuri Ghani et. al  dalam buku bertajuk Pengantar Pendidikan Khas (2011), kepintaran dianggap sama dengan pencapaian akademik atau skor ujian kecerdasan. Definisi popular yang digunakan secara meluas sehingga hari ni ialah definisi yang dicadangkan oleh Renzulli (1998). Beliau melihat kepintaran berdasarkan kepelbagaian dimensi iaitu tiga kelompok umum ciri manusia yang terdiri daripada keupayan istimewa, tahap komitmen yang tinggi dan tahap kreativiti yang tinggi. Menurut beliau, seseorang murid hanya dikenal pasti sebagai pintar apabila ketiga-tiga kelompok berkenaan hadir secara bersama.  
Kecerdasan pula menurut Howard Gardner (1998) ialah satu set kemahiran penyelesaian masalah yang membolehkan individu menyelesaikan sesuatu masalah apabila diperlukan yang bertujuan untuk mendapatkan hasil yang berkesan. Secara ringkasnya, beliau menyatakan terdapat lapan jenis kecerdasan iaitu kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, naturalis, muzik, ruang (spatial), kinestetik, intrapersoanal dan interpersonal. Kecerdasan juga dikatakan suatu kebolehan untuk memahami alam sekitar, diri sendiri dan membantu individu menghadapi cabaran hidup. Manakala Francis Galton et. al, kecerdasan adalah satu kemahiran yang diwarisi. Beliau menyatakan bahawa orang yang bijak datang daripada keturunan yang bijak sahaja.
Istilah pintar cerdas diperkenalkan oleh Guy M. Whipple pada tahun 1920. Orang yang cerdas otak mampu mengguna rangsangan dengan lebih berkesan, dapat mengurus maklumat yang diterima untuk membina konsep dan seterusnya mampu menyelesaikan masalah lebih cepat daripada orang yang kurang cerdas. Menurut Nik Aziz Nik Pa (2005), dari sudut pembangunan negara, kehadiran kanak-kanak pintar cerdas dalam masyarakat merupakan satu aset atau sumber semulajadi yang dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta. Justeru, sumber ini perlu dibangunkan dan digunakan sebaik mungkin kerana kanak-kanak ini merupakan sumber intelektual yang paling berharga kepada negara.



Teori Kecerdasan dan Murid Pintar Cerdas
Menurut David A. Sousa dalam bukunya yang bertajuk How The Gifted Brain Learns Second Edition (2009), terdapat segelintir individu yang mempunyai bakat semulajadi dan tergolong dalam kalangan pintar cerdas. Terdapat empat teori yang mengkaji entang golongan pintar verdas ini. Antaranya ialah Teori Renzulli, Teori Gardner, Teori Sternberg dan Teori Gagne’s.
Teori Renzulli
Menurut Joseph Renzulli (1978), beliau mencadangkan bahawa murid pintar cerdas lahir akibat daripada interaksi antara tiga ciri utama iaitu kebolehan intelek yang tinggi, komitmen terhadap tugasan dan daya kreativiti yang tinggi. Menurut Renzulli dalam buku David, beliau menyatakan bahawa kebolehan intelek yag tinngi terdiri dariapada kemampuan memproses maklumat, mengintegrasi pengalaman, kemampuan berfikir aras tinggi dan kebolehan mendapatkan maklumat daripada sesuatu aktiviti. Manakala ciri komitmen terhadap tugasan pula, Renzulli berpendapat bahawa ianya melibatkan ketabahan, kerja keras, ketahanan, persepsi, keyakinan diri dan minat yang mendalam.
Kajian juga telah mendapati walaupun seseorang itu tidak mendapat skor yang tinggi dalam ujian kecerdasan, namun tingkah laku kepintaran dan bakat mereka masih boleh dikembangkan. Hal ini kerana beliau berpendapat beliau bahawa konsep pintar cerdas dan berbakat merupakan sesuatu yang dimiliki oleh seseorang individu dan ia tidak sama dengan sesuatu yang dimiliki individu lain.  Oleh sebab itu, penilaian terhadap kepintaran dan bakat memerlukan masa yang lama. Renzulli dan Reis (1991) juga telah mencadangkan satu model pengayaan berdasarkan teori tiga cincin yang telah dipelopori oleh mereka. Model tersebut dikenali sebagai School Enrichment Model.
Teori Sternberg
Robert Sternberg (1985) telah mengemukakan teori mengenai bakat. Beliau telah menyenaraikan tiga jenis bakat yang diwakili oleh tiga jenis keupayaan iaitu keupayaan analitis, sintetik, dan praktikal. Keupayaan analitis merujuk kepada ciri individu yang berkeupayaan tinggi untuk menganalisis sesuatu masalah dan seterusnya memahami masalah tersebut. Manakala keupayaan sintetik merujuk kepada seorang individu yang intuitif, kreatif dan mahir dalam menyesuaikan diri mengikut sesuatu situasi. Mereka ini berkemungkinan tidak menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam unian-ujian keerdasan. Namun, mereka mungkin akan menjadi individu yang berguna kepada masyarakat hasil daripada bakat yang dimilinya dalam menghasilkan idea atau ciptaan baru.
Keupayaan praktikal pula merujuk kepada individu yang bijak dalam mengaplikasikan keupayaan yang mereka miliki. Gabungan antara keupayaan analitis dan sintetik akan mewujudkan keupayaan praktikal yang lebih baik. Sternberg menyatakan bahawa individu yang mahir dan cekap dalam memanipulasikan peluang yang ada merupakan individu yang mempunyai kemahiran praktikal yang baik. Sebagai contoh, golongan ini mahir dalam perundingan mngenai hal-hal berkaitan dengan kerjaya mereka. Sternberg juga menambah bahawa kesemua ciri di atas tidak boleh wujud secara berasingan kerana ketiga-tiga ciri tersebut merupakan gabungan mantap untuk mewujudkan individu yang seimbang.
Teori Gagne’s
Francoys Gagne’s (2003) menyatakan tentang perbezaan antara murid berbakat dengan murid pintar cerdas. Pintar cerdas merupakan potensi yang perlu dipupuk dan konsep ini membezakan apa yang boleh dicapai dengan apa yang akan dicapai oleh kanak-kanak. Potensi luar biasa yag dimiliki oleh golongan tersebut merupakan apa yang menyebabkan mereka menjadi pintar. Namun, persekitaranlah yang menentukan sama ada potensi tersebut membawa kepada kejayaan atau kegagalan. Gagne’s turut menerangkan bahawa proses membentuk bakat berlaku apabila kanak-kanak atau remaja terlibat dalam pembelajaran sistematik, percubaan dan penglibatan. Semakin tinggi tahap bakat yang dicari, semakin banyak intensif terhadap sesuatu aktiviti diperoleh.
Gagne’s juga menyatakan bahawa segelintir pelajar yang mempunyai peratusan bakat yang baik tidak menterjemahkan kemampuan mereka ke dalam bakat , sama seperti yang dibuktikan oleh pencapaian akademik dalam kalangan murid pintar cerdas. Selain itu, kebolehan semulajadi boleh dipecahkan kepada empat bahagian iaitu intelektual, kreativiti, sosialefektif dan sensorimotor. Kesemua bakat-bakat ini mempunyai asas genetik dan mampu dinilai di dalam tugasan yang dilakukan oleh kanak-kanak semasa berada di sekolah.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan