PENGENALAN
Misi Kementerian
Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti
bertaraf dunia agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dengan
persaingan yang sengit dalam era globalisasi pada masa kini. Namun begitu, bagi
merealisasikan misi tersebut guru perlulah memainkan peranan utama sebagai
pelaksana di peringkat sekolah tidak kira sama ada sekolah rendah ataupun
sekolah menengah. Dalam pelaksana di peringkat sekolah berkenaan aspek
pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang utama bagi melahirkan
insan-insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta boleh bersaing dalam
era globalisasi jika pengurusan bilik darjah dapat diurus dengan cemerlang dan
sistematik dengan kerjasama guru dan murid berkenaan.
Di sekolah
bilik darjah merupakan sebuah organisasi yang kecil. Oleh itu, pengurusan bilik
darjah yang baik dan sistematik akan dapat meningkatkan keupayaan murid untuk
belajar dan dapat menyelesaikan banyak masalah disiplin di sekolah. Dalam pada
itu, kebiasaannya pelajar-pelajar di sekolah yang mempunyai tingkah laku yang
aktif dan cepat bosan dengan persekitaran yang pasif dan statik. Hal ini, yang
menyebabkan pelajar- pelajar melakukan pelbagai masalah disiplin seperti
ponteng kelas, tidur, tidak menyiapkan kerja sekolah, bertindak ganas, tidak
menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang di ajar, suka membantah,
menunjuk-nunjuk dan melawan guru. Masalah- masalah disiplin yang timbul ini berpunca daripada gaya pengajaran guru yang
membosankan dari awal tahun hingga ke hujung persekolahan.
Oleh itu,
guru-guru perlulah mempelbagaikan kemahiran pengajaran dalam menjalankan tugas
harian mereka di sekolah. Mereka perlu menjadi seorang yang pakar dalam subjek
yang diajar, dan juga mesti mempunyai kemahiran mengawal tingkah laku pelajar
yang disruptif di bilik darjah agar proses pembelajaran dan pengajaran berlaku
di bilik darjah.
KONSEP PENGURUSAN
BILIK DARJAH
Terdapat ramai
pendidik atau guru yang mengaitkan pengurusan bilik darjah dengan kaedah-kaedah
untuk menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah. Ia juga sering dilihat
sebagai sesuatu yang guru perlu, lakukan sebelum pengajaran sebenar bermula.
Aktiviti seterusnya dalam pengajaran dan pembelajaran ditafsirkan sebagai
sesuatu aspek yang berasingan. Ia seolah-olah guru perlu melaksanakan
pengurusan bilik darjah terlebih dahulu dan selepas itu barulah memulakan
pengajaran. Tetapi kini pandangan seperti ini sudah mula berubah dengan adanya kajian yang menunjukkan
bahawa pengurusan bilik dan pengajaran bukanlah dua aspek berasingan tetapi
saling berkait rapat. Kajian juga menunjukkan bahawa pengurusan yang berkesan
menyumbang kepada pencapaian akademik
yang lebih tinggi. Hal ini sememangnya jelas kerana murid tidak boleh belajar
dalam keadaan yang tidak teratur. Pengurusan bilik darjah juga merupakan faktor
penting dalam mempengaruhi motivasi, tahap penglibatan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta tingkah laku dan sikap murid di dalam bilik
darjah.
Namun
begitu, bilik darjah adalah merupakan
tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan perkataan dinamik pula
membawa maksud bertenaga atau daya fizikal yang mampu menggerakkan sesuatu.
Oleh itu sebuah bilik darjah yang dinamik boleh ditakrifkan sebagai bilik
darjah yang bertenaga dan mampu menggerakkan organisasinya untuk menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) secara formal dengan penuh
minat, memberangsangkan, aktif dan mencapai objektif. Perkataan pendidik adalah
dirujuk sebagai orang yang menjaga, memelihara, membimbing dan mengajar perkara
baik-baik. Dalam konteks bilik darjah, pendidik ialah guru yang mengajar di
dalam bilik darjah. Pengurusan pula ialah melibatkan penggubalan dan
perancangan, melaksanakan perancangan dan bekerjasama secara berkesan dengan
orang lain untuk melakukan perkara yang betul sehingga mencapai matlamat (PPK,
2001). Manakala, Menurut perspektif Islam pula, pengurusan
ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui
fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah bersama orang lain dalam usaha mencapai
objektif kerja secara berkesan dengan menggunakan sumber-sumber organisasi yang
cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai
objektif organisasi demi mencapai al-falah di dunia dan di akhirat.
Oleh itu,
pengurusan bilik darjah yang dinamik merupakan satu proses untuk melaksanakan
perancangan P & P yang aktif, memberangsangkan, menyeronokkan dan menarik
minat pelajar untuk belajar sehingga mencapai matlamat yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu melahirkan insan yang beriman,
berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
DEFINISI PENGAJARAN
Pengajaran
merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran tertentu yang meliputi perkara seperti aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Namun begitu,
proses pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang
diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini perlu dirancang oleh
guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan
teknik mengajar yang sesuai bagi, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid
supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperoleh ilmu dan kemahiran.
Selain itu,
pengajaran juga merupakan aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan,
dan penilaian. Pengajaran juga merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan
kepada pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah di
kalangan mereka. Terdapat dua jenis pengajaran iaitu pengajaran terkini dan
tradisional. Proses pengajaran pada abad ke 21 ini adalah lebih berpusatkan
kepada murid yang bersesuaian dengan era globalisasi yang menuntut perubahan
dalam setiap aspek termasuklah dalam bidang pendidikan. Oleh itu, dalam
perancangan pengajaran, pendekatan, kaedah, teknik dan alat serta sumber yang
digunakan haruslah bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar zaman sekarang
bagi memastikan objektif dan matlamat pengajaran dapat dicapai dengan
cemerlang.
Hal Ini
kerana, bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara bertepatan dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Berbanding dengan pengajaran tradisional, yang lebih berpusatkan pengajaran
kepada guru. Pada masa ini guru banyak
memberikan input serta ilmu tanpa memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir
dan melibatkan secara aktif. Selain itu, komunikasi satu hala yang dilaksanakan
oleh guru tidak bersesuaian memandangkan pengetahuan serta pengalaman pelajar
yang tidak dapat dikembangkan dengan baik kerana pelajar tidak berpeluang untuk
berfikir secara kreatif. Pelajar merupakan pembina ilmu yang aktif. Oleh itu,
penglibatan pelajar di dalam satu-satu pengajaran adalah penting bagi membantu
penerapan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar itu sendiri bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif.
DEFINISI
PEMBELAJARAN
Pembelajaran adalah
merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku yang
berpotensi dalam sesuatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman
berulang subjek dalam situasi tersebut.
Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah
laku yang segera. Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan
skema, kepercayaan, jangkaan dan matlamat. Proses pembelajaran yang
berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah laku.
Contohnya,
seseorang murid akan mula menguasai kemahiran membaca setelah proses
pembelajaran berlaku secara berulang-ulang dan berterusan.
Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila
proses pembelajaran dibantu dengan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai bahan
rangsangan seperti gambar rajah, jadual, carta, gambar dan lain-lain alat bantu
yang memudahkan murid-murid menghubungkaitkan maklumat.
Pembelajaran
biasanya terjadi dalam situasi formal yang secara antara guru dan para pelajar
dalam usahanya menyampaikan ilmu berdasarkan kurikulum dan tujuan yang hendak
dicapai. Melalui pembelajaran, pelajar dapat melakukan proses belajar sesuai
dengan rancangan pengajaran yang telah ditetapkan. Seorang guru haruslah
mengadakan perancangan awal untuk menyesuaikan isi pengajaran dan pembelajaran
sesuai dengan kebolehan pelajar. Maka konsep belajar dan pembelajaran merupakan
dua kegiatan yang berproses dalam suatu sistem.
Setelah
guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya.
Langkah ini adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam
aspek pemilihan strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat
dan sumber pengajaran, tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi
antara guru dan pelajar.
Kesimpulannya,
komitmen guru yang tinggi dan ditambah pula dengan kemahiran perguruan akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang sentiasa bersemangat. Penyelidikan yang
dijalankan pula akan menghasilkan idea-idea baru untuk menjadikan sesi
pengajaran pembelajaran lebih menarik minat pelajar.
PERANAN GURU SEBAGAI PENGURUS BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu
pengajaran. Seorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan
peralatan yang ada dalam bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar dalam bilik
darjah dan mengawalnya supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar. Ada guru yang menekankan disiplin dalam kelas dan ada yang
menekankan suasana bilik darjah yang kondusif bagi memastikan pelajar selesa
serta mewujudkan hubungan dua hala yang baik antara guru dan juga pelajar. Oleh
yang demikian, terdapat beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh guru sebagai
pengurus bilik darjah iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal
Guru Sebagai Perancang.
Kejayaan guru sebagai tenaga pengajar bergantung
kepada perancangan mengajarnya. Sebelum memasuki bilik darjah, sebagai seorang
guru yang aktif perlulah menyediakan persiapan mengajar supaya pengajaran dan
pembelajaran akan berjalan dengan lancar
Sebagai
seorang guru, perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum
memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu
menimbangkan tentang objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan
pembelajaran dan pengurusan kemudahan. Kemahiran merancang merupakan prasyarat
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi menjamin kejayaan
bagi proses tersebut.
Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan
pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran
sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Objektif
pelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu
perubahan tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti
pengajaran dan pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran
yang telah dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid- murid
mencapai objektif pelajaran mereka.
Pemilihan strategi dan kaedah mengajar pula berkait rapat dengan
pencapaian objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai
membolehkan guru merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik,
memastikan murid-murid mencapai objektif pelajaran yang dikehendaki. Aktiviti
merancang pengajaran jaga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan
pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya
bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
menarik , lebih bermakna dan lebih berkesan.
Contohnya, guru haruslah menyelitkan
unsure lelucon dalam pengajarannya. Teknik ini bagi memastikan para pelajar
tidak merasa bosan dengan pengajaran yang berterusan tanpa sebarang aktiviti.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan melibatkan pelajar dalam
forum sesama rakan sekelas dan juga mengadakan kuiz. Melalui cara ini, guru
bukan sahaja dapat mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar tetapi dapat
meningkatkan daya faham mereka terhadap apa yang telah dipelajari. Guru juga
dapat membuat refleksi terhadap pengajarannya sekali gus berpeluang
meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan. Kemudahan dalam
bilik darjah, misalnya menyusun kerusi dan meja dalam bentuk yang sesuai dengan
strategi dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran. Nordin Tahir (IPIP, 2014)
menggariskan beberapa ciri kemahiran merancang seperti berikut :
i. Pengajaran
efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang di tentu berdasarkan sukatan pelajaran
serta kebolehan murid-murid.
ii. Isi pelajaran
dalam rancangan mengajar disusun dari mudah ke kompleks, bermakna, relevan dan
menarik.
iii. Rancangan
mengajar harus memasukkan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM).
iv. Utamakan
pendekatan berpusatkan murid.
v. Rancangan
mengajar harus disusun mengikut langkah yang lengkap.
vi. Strategi /
kaedah mengajar harus dapat meningkatkan keberkesanan proses Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P).
Perlakuan mengajar guru dalam segala proses
perancangan adalah penting dari segi pencapaian objektif pelajaran yang
ditentukan. Sekiranya perancangan guru adalah sesuai dan sistematik, ia akan
melicinkan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
positif bagi mencapai objektif pelajaran
yang diharapkan.
PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
Mengelola Dalam Bilik Darjah
Setiap guru
mempunyai tanggungjawab dalam menjalankan peranan sebagai pengurus dalam bilik
darjah. Antara tugas guru ialah mengelola. Seorang guru harus mengelola
segala-galanya dalam kelas. Antaranya ialah, guru harus mengurus rutin bilik
darjah. Mengurus bilik darjah ini merangkumi pelbagai aspek iaitu menyedia,
mentafsir, dan menyimpan rekod pelajar. Sebagai seorang guru kelas, guru harus
mempunyai segala rekod mengenai pelajar-pelajarnya seperti rekod kesihatan,
rekod keputusan dan sebagainya. Segala rekod ini pada masa ini disimpan dalam
bentuk e-rekod iaitu dalam sistem internet.
Selain itu,
guru juga harus mengambil kira kedatangan kelas dan juga memastikan pelajar
yang tidak hadir memberikan sebab mengapa tidak hadir ke sekolah pada hari
tersebut. Guru juga harus menyimpan rekod peribadi murid iaitu kad001 dan juga
kad002 dimana kad ini merangkumi segala maklumat peribadi murid. Guru kelas
juga harus menyimpan rekod yuran kelas. Rekod yuran merangkumi yuran sekolah
dan juga yuran harian yang dibayar oleh murid untuk kegunaan kelas.
Guru juga
harus mengurus segala aktiviti murid. Guru harus memastikan aktiviti yang
disediakan untuk murid bersesuaian dengan mereka. Guru harus memastikan murid
mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan
di sekolah. Guru juga harus memastikan segala aktiviti mengikut segala aspek
keselamatan untuk murid. Guru juga berperanan mengurus bahan-bahan pelajaran
mengikut sukatan pelajaran. Guru juga harus memastikan disiplin kelas sentiasa
dalam keadaan yang terkawal. Selain itu, guru juga harus memastikan pelajar
tidak membawa barangan larangan ke sekolah seperti rokok dan telefon bimbit.
Guru juga
berperanan dalam mengurus keadaan fizikal dan kemudahan dalam kelas. Guru harus
memastikan kemudahan dalam kelas seperti kerusi dan meja. Kemudahan lain
seperti papan putih dan juga papan maklumat butiran juga harus lengkap di dalam
kelas. Guru harus memastikan tiada sebarang kerosakan dalam kelas untuk menjaga
keselamatan kelas.
Mengawal
Bilik Darjah
Guru juga
berperanan dalam mengawal bilik darjah. Guru harus mengawal peraturan-peraturan
bilik darjah. Contohnya ialah guru mengawal pergaulan antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan dalam kelas. Guru harus memastikan tiada sebarang perkara
yang tidak bermoral berlaku di dalam kelas. Guru juga harus mengawal segala
aktiviti kumpulan. Aktiviti kumpulan yang dijalankan haruslah dijalankan dalam
kumpulan yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Guru harus memastikan
aktiviti kumpulan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Guru juga
harus mengawal masalah peribadi yang dialami oleh pelajar mereka. Guru harus
memastikan pelajar yang bermasalah tidak terbawa-bawa ke sekolah. Guru harus
memastikan tumpuan pelajarnya tidak terganggu semasa proses pembelajaran
berlaku yang disebabkan oleh masalah peribadi. Guru juga harus memastikan
masalah disiplin tidak timbul dalam kelas. Guru harus memastikan tiada masalah
disiplin timbul dalam kelas terutamanya dalam kalangan pelajar lelaki seperti
masalah pergaduhan dan juga masalah buli. Guru juga harus memastikan kes-kes
disiplin lain seperti kes mencabul berlaku dalam kelas.
Guru juga
harus memastikan pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan.
Guru harus memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa gangguan daripada
pelajar seperti pelajar bising dalam kelas. Guru harus memastikan kelas berada
dalam keadaan yang senyap supaya proses pembelajaran boleh berlaku dalam
keadaan yang senyap. Guru juga harus memastikan pelajar memberi tumpuan dalam
kelas dan tidak membuat apa-apa yang boleh menyebabkan proses pembelajaran
ganggu.
Mengarah Dalam
Bilik Darjah
Guru harus
menjalankan proses pembelajaran yang sangat berkesan agar pelajar dapat
menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Guru harus mengarah pelajar untuk
menjawab soalan selepas proses pembelajaran berlaku untuk memastikan pelajar
faham apa yang diajar. Namun guru tidak boleh marah dan memaki hamun pelajar
yang tidak menjawab soalan yang ditanya.
Guru juga
harus mengarah murid-murid membentuk kumpulan untuk membuat aktiviti
berkumpulan. Contoh bentuk kumpulan yang boleh dibentuk ialah melalui “round
table” iaitu salah satu cara aktiviti kumpulan yang sangat berkesan. Guru harus
setiap kumpulan mempunyai ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai bangsa
dan jantina. Guru juga harus memastikan aktiviti kumpulan berjalan dengan
lancer dan tidak berlaku apa-apa masalah.
Guru juga mengarah murid menguruskan tugasan
harian dalam bilik darjah. Guru harus memastikan segala tugasan harian
dijalankan dengan baik dan teratur. Segala tugasan harian harus dijalankan
dengan mengikuti jadual bertugas. Guru harus memastikan setiap tugas yang
diberikan kepada pelajar diikuti oleh setiap pelajar dan juga memastikan setiap
pelajar bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing. Guru juga harus
memastikan pelajar-pelajar mematuhi disiplin bilik darjah yang ditetapkan dalam
kelas. Pelajar tidak dibenarkan merosakkan harta benda dalam kelas. Guru harus
memastikan pelajar tidak melanggar disiplin seperti menghisap rokok dalam kelas
dan juga melakukan aktiviti yang tidak bermoral dalam kelas.
PENGURUSAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengurusan
pengajaran dan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran
agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara
yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru
mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal
aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang
dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012)
Pengurusan pengajaran dan
pembelajaran ini penting kerana ia berperanan besar dalam memningkarkan
prestasi pelajar. Salah satu rasional peningkatan prestasi pelajar adalah
perancangan pengajaran dan pembelajaran yang tersusun di peringkat pengurusan
dan pembelajaran. Selain itu, pengurusan dan pembelajaran juga berfungsi dalam
menentukan penyampaian ilmu iaitu berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan
Pelajaran Tahunan bagi sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Dokumen Standard Sekolah Rendah bagi sistem KSSR (Md Din Hussein, komunikasi
peribadi, 7 Januari 2013). pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini juga
penting untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala, pengurusan pengajaran dan
pembelajaran ini juga dapat meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan.
Pengurusan pengajaran dan
pembelajaran juga bertanggungjawab dalam menentukan objektif atau hasil
pembelajaran. Secara amnya, objeltif penagajaran dan pembelajaran boleh
dianggap sebagai hasil perlakuan pelajar setelah mereka didedahkan kepada suatu
proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran ini
perlulah merangkumi beberapa aspek yang merujuk kepada sesuatu kurikulum,
sebagai contoh Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Pembahagian objektif pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan domian
kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Manakala jenis-jenis objektif
pula terdiri daripada objektif implisit, objektif eksplisit dan objektif
ekspresif.
Dalam hal yang demikian, pengurusan
pengajaran dan pembelajaran ini juga perlu melibatkan sumber pengajaran dan
pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah bahan-bahan pelajaran yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pelajaran ini boleh
terdiri daripada buku teks, buku rujukan, surat khabar dan alat bantu mengajar
seperti kad gambar, model, specimen, carta, projector, benda-benda maujud,pita
rakaman, televisyen, computer dan sebagainya. ( Jaaafar Atan, komunikasi
peribadi, 2013). Persediaan segala alat bantu mengajar ini mestilah benar-benar
dapat menjelaskan butiran pengajaran dan pembelajaran. Semua alat tersebut
perlu disenaraikan bersama dengan bilangan dan kuantitinya. Ini penting bagi
guru untuk merancang aktiviti individu atau kumpulan yang memerlukan alatan
yang mencakupi. Oleh itu, pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini adalah
penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah berjalan dengan lancar tanpa secara gangguan.
Untuk Pengurusan
pengajaran dan pembelajaran ini, ianya melibatkan proses-proses seperti
merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk
penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki
segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua
aspek.
Seterusnya,
ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk
prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling selian sistematik dalam merancang
dan menilai dan juga penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar
belakang. Selain itu, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran
abad ke 21.
Oleh yang
demikian, pengurusan dalam pembelajaran penting merupakan satu elemen yang
penting sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan
menarik selain dapat melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu
membangunkan dunia.
RUJUKAN
Arends, R.I. (2001). Learning
to teach. (5th ed.) New York: McGraw-Hill Co.
Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Sekolah.
Pahang Darul Makmur: PTS Profesional
Publishing
Sdn. Bhd.
Blandford, S. (2004). School Discipline
Manual a Practical Guide to Managing Behaviour in
Schools.
Harlow: Pearson Education.
New
York : Wiley.
Bab 1 Pendahuluan. Diperolehi pada 14,2015 daripada
Emmer, E.T., Evertson, C.M., & Worsham,
M.E. (2006). Classroom Management for Middle and
High
School Teachers.(7th ed.) Boston: Pearson.
Gredler, M.E. (2001). Learning and
instruction. Theory into practice.(4th Ed.) New Jersey: Merrill
Prentice
Hall.
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar (2009). Siri Pendidikan Guru
Pengurusan Bilik Darjah
dan Tingkah Laku. Selangor Darul Ehsan:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hamdan Said dan
Nurlia Mohamad. Penyelia Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah-
sekolah Kebangsaan Di
Daerah Kota Tinggi, Johor. Diperolehi pada Oktober 14,2015
daripada
Joyce,B.,Calhoun,E.
& Hopkins,D.(2002). Models of
learning-tools for learning.(2nd ed.). Buckingham: Open
University Press
Lembaga Penilaian
Kompetensi Kementerian Pelajaran Malaysia. Diperolehi pada 14,2015
Muhamad suhaimi
(2012). Pengurusan Bilik Darjah yang Berkesan. Diperolehi pada Oktober
Mohamad Khirudin
Amdan. Artikel Ilmiah Strategi Pengajaran Pembelajaran, Kaedah
Pelaksanaan Serta Cabaran Dalam.
Diperolehi pada 14,2015 daripada
Slavin,
R. E. (2005). Educational psychology. Theory and practice. Boston: Allyn
and Bacon.
Santrock J.W (2006)
Educational psychology: A tool for effective teaching( 3rd ed).New York:
Mc
Graw – Hill.
Zuraidah Hanim.
(2013). Menggapai puncak jaya. Dewan
siswa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan