Cari Blog Ini

Sindrom Down, Kerencatan Mental

Murid Murid Bermasalah Pembelajaran (Sindrom Down)
Sindrom down boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan yang disebabkan ginetik dan tidak boleh diubati dengan ubatan tradisional mahupun perubatan moden. Ramai pernah mendengar namun ,ramai juga cetek pengetahuan  mengenainya.Ia bukan penyakit moden atau orang kaya malah Sindrom Down (SD) tidak tepat di katakan penyakit.Sindrom Down tidak boleh di ubati.Ia terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran .Perkembangan mantel dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down lambat berbanding kanak-kanak biasa.Oleh itu kanak-kanak Sindrom Down perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari.Sindrom Down terbahagi kepada 3 iaitu Trisomi,Traslocation dan Mosaic.Tidak kira jenis apa Sindrom Down,kanak-kanak Sindrom Down boleh di kenali melalui wajah mereka yang hampir sama. Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang di lahirkan mempunyai 3 salinan kromosom 21.Bagi seorang yang normal mereka sepatutnya hanya mempunyai 2 salinan kromosom ini.Atas sebab itu jugalah ,Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21.Dengan erti kata lain ,mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang menyababkan mereka di kategorikan Sindrom Down.Lain-lain kromosom mereka adalah normal.
 Ciri Ciri Murid Perkembangan Sindrom Down
Perkembangan kanak-kanak Sindrom Down dari segi perkembangan kognitif ialah mereka mempunyai daya ingatan , perhatian dan kefahaman yang lemah serta tidak dapat bertindak dengan cepat. Perkembangan motor kasar dan motor halus mereka adalah lambat iaitu dari segi percakapan. Dari segi kognitif juga, mereka kurang daya penaakulan dalam pemberian tumpuan. Keupayaan mental mereka adalah berselisihan dimana IQ mereka di antara 50-70 tetapi bolah mencapai 90 sekiranya diberi latihan yang baik.
Perkembangan motor kasar mereka adalah lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar. Mereka juga mempunyai masalah kurang pendengaran, pertuturan kurang jelas dan lambat bertutur atau bermasalah pertuturan serta menghidap penyakit jantung berlubang. Mereka juga mudah mendapat radang tenggorok, selsema, radang paru-paru dan posisi tubuh di bawah tahap sederhana. Disamping masalah kesihatan ini mereka juga lemah dalam koordinasi motor iaitu mata,tangan, koordinasi seluruh tubuh tidak memuaskan dimana ianya masih kaku dan perkembangan sensori-motor mereka adalah lambat dan tidak normal.
Dari segi perkembangan emosi dan tingkah laku mereka, kebiasaannya mereka berkelakuan tidak menentu iaitu agresif ,pasif dan meminta perhatian yang lebih daripada keluarga. Tekanan emosi mereka adalah jelas terhadap sesuatu aktiviti kompleks dimana perasaan mereka adalah sama dengan orang normal. Mereka mudah menjadi tidak sabar kerana tempoh perhatian terhadap diri mereka sangat singkat, seterusnya bertindakbalas dengan perasaan takut atau marah.
Kanak-kanak Sindron Down juga mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid. Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down.Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher boleh menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) di mana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukemia.Selain itu kanak-kanak Sindrom Down mudah mendapat selsema, radang tenggorok dan radang paru-paru. Mereka juga menghadapi masalah kurang pendengaran dan penglihatan yang kurang jelas.
Selain itu, Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang di antara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang di antara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis /PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (Cynotic Spell) dan susah bernafas.






Masalah Pembelajaran Kerencatan Mental
Kerencatan mental merupakan kecacatan umum yang diknenal pasti berdasarkan ketidakfungsian kognitif secara normal, iaitu kefungsian kognitif yang sering terganggu dan menunjukkan tingkah laku yang tidak bersesuaian dengan manusia normal di bawah umur 18 tahun. Kebiasaannya, murid-murid yang dikategorikan mengalami kerencatan mental merupakan murid-murid yang mempunyai tahap IQ yang rendah dan perkembangan mereka terbantut daripada aspek kognitif, emosi, psikomotor dan juga komunikasi.

Ciri-Ciri dan Punca Kerencatan Mental
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk mengenal pasti sama ada murid-murid tersebut mengalami masalah kerencatan mental atau tidak. Pertama, kefungsian intlektual dan yang kedua ialah tingkah laku adaptif. Murid-murid kerencatan mental dikenal pasti sebagai murid yang mempunyai tahap intelektual di bawah paras normal. Kecerdasan merujuk kepada kebolehan mental umum yang melibatkan kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah, memahami idea yang kompleks, berfikir secara abstrak, belajar dengan cepat dan belajar daripada pengalaman.
Selain skor IQ, tingkah laku adaptif juga perlu diambil kira. Tingkah laku adaptif ialah kebolehan seseorang murid terencat akal yang dikenal pasti melalui maklumat tentang tahap kebolehan mereka dalam menyesuaikan diri denagn alam sekeliling seperti bergaul dengan orang lain, menjadi diri sendiri, berkomunikasi dan sebagainya. Tingkah laku adaptif yang terbatas sudah pasti akan mengurangkan keupayaan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya.
Terdapat juga beberapa punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami kerencatan mental. Antaranya ialah sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan selepas kelahiran. Faktor kemiskinan dan turun temurun merupakan antara penyebab sebelum kelahiran yang menyebabkan kerencatan mental berlaku. Punca semasa kelahiran pula ialah semasa berlakunya proses kelahiran bayi, terjadinya pelbagai maslah seperti kelahiran pramatang dan kekurangan oksigen. Manakala punca selepas kelahiran pula dikaitkan dengan menghidap pelbagai jenis penyakit, kemalangan mahupun keadaan persekitaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan